KISAH TUAN ZAHRI

“Puan, saya nak cek mata boleh? Dalam minggu ni mata belah kanan saya nampak makin kabur. Dah tu kaburnya bahagian atas saja,” Ujar Tuan Zahri risau.

.
“Boleh tuan. Saya cek mata menyeluruh ya. Cek mata menyeluruh merangkumi 3 komponen penting;

1)Power mata
2)Kesihatan hadapan mata menggunakan mikroskop mata
3)Urat saraf belakang mata

.
“Banyak benda juga nak kena cek ya. Biasa cek power saja. Baik puan, saya ikut saja asalkan tahu apa sebab mata saya kabur sebelah je ni” Kata Tuan Zahri.

.
SELESAI CEK MATA…

“Tuan, saya dah tahu sebab mata kanan tuan saja yang nampak kabur. Sebahagian salur darah dalam mata kanan tuan dah tersumbat dan pecah ni!” Ujar saya bimbang.

“Kemungkinan tuan ada kolestrol tinggi. Tuan aktif merokok ke?” Tanya saya lagi meminta kepastian.

.
“Saya dulu memang 2 kotak rokok juga lah sehari. Tapi tu dah 3 tahun lepas lah. Sekarang ni setiap kali lepas makan je. Adalah dalam 4 batang sehari. Tapi kolestrol saya memang tinggi. Sepatutnya saya kena makan ubat untuk kolestrol, tapi dah dalam 6 bulan saya tinggal,” Tuan Zahri memberitahu panjang lebar.

.
“Oh, tak boleh tinggal ubat untuk kolestrol tu tuan. Salur darah tuan yang tersumbat dan pecah ini tanda kolestrol dan lemak dah meliputi laluan darah hingga laluan darah menjadi sempit. Takpe, saya rujuk tuan ke hospital terdekatlah. Kena pergi dalam minggu ni juga ya,” Saya memberitahu lagi.

.
“Baiklah puan. Tapi boleh baik lagi ke mata saya ni?” Tuan Zahri bertanya, risau.

.
“Alhamdulillah, kita dapat kenalpasti keadaan mata tuan awal. Insyaallah, kita cuba yang terbaik ya,” Saya memberitahu sambil tersenyum.

.
Mata kita hanya sepasang, jagalah ia sebaiknya semampu kita. Kunjungi MATA by Optometrist bagi pemeriksaan mata yang menyeluruh!

.
.

Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,
MATA by Optometrist,
“Your Primary Eye Care Provider”.
.

Telefon: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
Emel: [email protected]
Laman sesawang: www.my-mata.com
Tempahan temujanji: https://www.bookdoc.com/clinic/mata-by-optometrist-b07499
Waze: MATA by Optometrist

Written by

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment