KISAH DI PASTI DARUL ILMI


“Adik-adik, antara banyak-banyak haiwan, haiwan apa yang mempunyai mata paalinggg besar?” tanya Cik Puan Amira kepada anak-anak PASTI DARUL ILMI.

Di dalam keriuhan anak-anak melontarkan jawapan masing-masing, terdengar salah seorang anak menjerit, “Gajaaaahhhh!” dengan penuh keyakinan.

“Baiklah. Siapa antara adik-adik sini tahu, haiwan apa yang ada empat mata?” Cik Puan Amira bertanya lagi.

Masing-masing menyahut dengan penuh semangat. Suasana ketika itu riuh sekali. Tiba-tiba seorang anak-anak mengangkat tangan sambil menjerit, “Alien!”. Guru-guru PASTI tersebut tertawa mendengar jawapan anak tersebut yang mencuit hati.

Pasukan MATA by Optometrist berasa amat gembira melihat keletah dan reaksi anak-anak PASTI DARUL ILMI ketika sesi Program Saya Sayang MATA hari ini. Program yang berdurasi 3 jam ini dimulakan dengan sesi bercerita sebagai ‘ice breaker’. Selesai sahaja bercerita, anak-anak tersebut melalui UJIAN SARINGAN PENGLIHATAN oleh optometris bertauliah.

Saringan penglihatan sebelum memasuki sekolah rendah SANGAT PENTING untuk anak-anak kerana 80% proses pembelajaran anak-anak adalah melalui PENGLIHATAN. Bayangkan, anak-anak yang mempunyai masalah penglihatan yang tidak didiagnos akan dilabel sebagai ‘pemalas’ dan ‘main-main’, walhal mereka sebenarnya mungkin mempunyai masalah penglihatan yang boleh dibetulkan, seperti rabun.

Justeru itu, program seperti ini dianjurkan oleh MATA by Optometrist supaya anak-anak mendapat saringan penglihatan yang SANGAT DIPERLUKAN pada usia anak-anak yang KRITIKAL ini.

Pasukan MATA by Optometrist sangat berbesar hati untuk menerima undangan daripada mana-mana institusi pra-Sekolah sekitar Puncak Alam dan sekitarnya, supaya Program Saya Sayang MATA ini dapat dijalankan di institusi-institusi Pra-sekolah terbabit.

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment