TARIKH LUPUT KANTA LEKAP

Dari luar kedai, saya ternampak pasangan muda baru saja ‘park’ motor mereka di depan kedai. Si lelaki memimpin tangan yang perempuan sambil si perempuan menutup mata.

Saya terdetik, ‘mungkin panas sangat lah kat luar tu, yang tak boleh buka mata.

“Cik, boleh periksa mata adik saya ni? Tak boleh buka mata sejak pagi tadi,” Ujar si lelaki sambil menahan pintu untuk memberi laluan kepada adiknya.

“Boleh, jemput duduk dulu,” Saya bergegas mengambil borang rekod pesakit.

Saya duduk di depan mereka berdua. Adiknya masih lagi menutup mata. Sesekali mengelap mata yang dari tadi asyik berair. Kelihatan seperti menahan sakit yang amat.

“Ada habuk atau bendasing masuk dalam mata adik ke?” Saya membuka bicara.

“Saya pakai ‘contact lens’ semalam. Sebelum tidur, saya dah buka. Tapi pagi ni bila bangun tidur, tak boleh nak buka mata. Mata saya asyik berair saja.” Beliau memberitahu.

“Adik pakai jenama apa tu? ‘Contact lens’ yang boleh pakai sebulan ke?” Saya bertanya lebih lagi.

“Saya pakai ‘contact lens’ yang jual online. Sepatutnya untuk pakai sebulan saja tapi sebab saya pakai sesekali saja, baru terlebih dalam 3 hari. Saya pakai jela semalam sekejap.” Beliau memberitahu sambil mengelap air mata yang asyik meleleh.

Saya terus mengajak beliau untuk cek mata lebih terperinci menggunakan mikroskop mata. Disebabkan air mata asyik meleleh, saya letakkan sedikit ubat bius mata. Barulah boleh buka sedikit matanya.

Apabila diperiksa, sudah ada tanda jangkitan pada tengah kornea (mata hitam). Sebab itulah tak boleh buka mata langsung. Saya periksa juga penglihatan beliau. Huruf di carta ABC yang besar juga sudah tak boleh baca.

Saya terus berikan surat rujukan ke bahagian kecemasan. Jangkitan pada kornea adalah serius, boleh menyebabkan kebutaan!

Selalu orang ingat ‘contact lens’ boleh dipakai melebihi waktu yang ditetapkan jika pakainya beberapa kali saja. Tarikh luput ‘contact lens’ adalah dikira bermula dari TARIKH KITA MULA MEMBUKA BUNGKUSAN ‘contact lens’. Tidak kiralah jika kita hanya memakai sekali sahaja dalam sebulan. Cukup sebulan dari tarikh buka, boleh terus buang ‘contact lens’.

Saya sedih juga di kala sudah banyak kali ‘viral’ cerita mengenai bahaya kanta lekap online, masih lagi ada yang mengambil remeh akan nikmat penglihatan.

Adik di atas baru berusia 21 tahun dan masih lagi belajar. Saya doakan matanya masih boleh diselamatkan.

Apalah sangat nilai wang yang dibelanjakan untuk mendapat konsultasi dari Optometrist bagi pemakaian kanta lekap yang betul bagi kesihatan mata yang tiada taranya.

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment