KISAH TUKANG BESI

“Puan, mata saya ada masuk benda waktu saya tengah ‘welding’ semalam. Semalam saya tak boleh nak tidur. Rasa macam ada benda. Boleh puan cekkan?” Bagitahu Tuan Ahmad sebaik saja duduk.


“Boleh. Saya tengok merah juga mata tuan tu. Mata masih berair ke tuan? Waktu ‘welding’ tu ada pakai cermin mata keselamatan tak?” Saya bertanya lanjut.


“Sekarang dah kurang berair. Itulah, biasanya memang saya ada pakai ‘goggle’ tapi hari ni saya terlupa pula. Percikan tu yang masuk dalam mata. Terus saya basuh mata tapi masih ada rasa macam ada benda dalam mata,” Terang Tuan Ahmad lagi.


“Baik, kalau begitu saya terus cek mata tuan guna mikroskop mata,” Ujar saya mempelawa beliau ke bilik cek mata.

Selesai cek mata….


“Ada bendasing seperti besi yang melekat di bahagian mata hitam (kornea) tuan. Nasib baik bukan di bahagian tengah anak mata. Jika di tengah anak mata, penglihatan pasti terjejas. Banyak calar halus juga di seluruh permukaan mata hitam. Saya akan buat satu surat rujukan untuk tuan ke hospital,” Saya menjelaskan.


“Baiklah, apa yang puan fikirkan terbaik untuk saya,” Beliau membalas sambil melihat mata beliau yang penuh calar di skrin komputer.


Mata adalah deria yang kita selalu guna terutama sekali waktu bekerja. Jaga ia sebaiknya. Gunakan perlindungan mata yang betul di tempat kerja.


Semoga bermanfaat.

Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,

Telefon: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
Emel: [email protected]
Laman sesawang: www.my-mata.com
Tempahan temujanji: https://www.bookdoc.com/…/muhama…/mata-by-optometrist-4a5767

Written by

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment