GATAL PADA MATA

“Puan, mata saya selalu je gatal. Tapi kebelakangan ni makin teruk pula gatalnya. Kadang-kadang tu sampai pedih jadinya,” beritahu Tuan Faizol.

“Tuan ada pakai kanta lekap ke?” Tanya saya pendek.

“Sebelum ni ada juga tapi sekarang dah jarang,” jawab beliau sambil berfikir.

“Kalau macam tu, saya kena cek bahagian depan mata tuan guna mikroskop mata. Banyak faktor boleh sebabkan mata gatal ni antaranya mata kering dan jika ada bendasing masuk ke dalam mata. Takpe, saya cek mata tuan di dalam ya.” Saya mengajak beliau periksa mata.

Selesai memeriksa mata…

“Saya dah tahu mengapa tuan berasa gatal mata,” ujar saya pada Tuan Faizol.

“Oh, sebab apa tu puan?” Beliau bertanya kembali.

“Bahagian bawah kelopak mata tuan ada satu keadaan yang dinamakan biji gatal. Biji gatal di bawah kelopak mata tuan sangat besar saiznya. Apabila bergesel dengan mata hitam setiap kali berkelip, akan menyebabkan mata boleh berasa gatal, pedih dan juga berair,” saya menerangkan.

“Betullah puan, nampak macam besar juga ya. Ni pertama kali saya tahu pasal biji gatal bawah mata ni. Apa sebab boleh terjadinya biji-biji gatal ni dan ada rawatan khas ke puan?” Beliau bertanya terpegun.

“Biji gatal ini dalam bahasa sainsnya adalah Giant Papillary Conjunctivitis (GPC). Ianya boleh terjadi disebabkan adanya resdung atau alergik sama ada pada habuk atau makanan. Biji gatal boleh dikecilkan saiznya dengan kaedah tuam panas yang betul dan penggunaan air mata palsu bagi memberi keselesaan pada mata.” Saya menerangkan panjang lebar.

“Baik, saya ikut apa yang puan sarankan pada saya,” Beliau menjawab patuh.

“Jika begitu, saya tunjukkan kaedah tuam panas yang betul dan jenis air mata palsu yang perlu dipakai bagi keadaan puan,” Saya memberitahu sambil tersenyum.

Setiap simptom sakit mata haruslah diselidiki apa puncanya agar dapat diberikan rawatan yang betul. Di MATA by Optometrist, Optometrist mudah membuat diagnosis yang betul kerana adanya mesin canggih berteknologi.

Jemput datang ke praktis kami untuk konsultasi dari Optometrist bertauliah!

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment