KOLAGEN DAN MATA

Tahukah anda, kolagen juga terdapat pada kornea dan kanta mata?

Serat-serat protein yang sangat halus di mata, disebut kolagen, berfungi untuk mengekalkan bentuk kornea mata. Ketika serat-serat ini menjadi lemah, bentuk dan kedudukan kornea pun akan berubah meruncing ke luar.

Bentuk kornea mata yang normal adalah di sebelah kiri, manakala kornea mata pada gambar sebelah kanan sudah mulai meruncung ke luar yang dipanggil sebagai penyakit kerakonus mata.

Keratokonus disebabkan oleh berkurangnya antioksidan yang berfungsi sebagai pelindung kornea mata. Sel-sel kornea kita menghasilkan zat-zat sisa berbahaya, seperti ekzos motosikal. Biasanya, antioksidan akan melawannya dan melindungi serat-serat kolagen. Namun, ketika kadar antioksidan semakin kurang atau habis, kolagen pun melemah sehingga kornea menonjol ke luar.

Perubahan kornea ini boleh terjadi secara cepat atau perlahan. Pandangan anda akan mulai kabur atau akan mengalami silau cahaya, terutamanya pada waktu malam.

Perubahan ini boleh berhenti secara tiba-tiba atau terus berkembang selama berpuluh-puluh tahun. Setakat ini, masih belum ada cara untuk menganggarkan perkembangannya. Dalam banyak kes, kebiasaanya bermula pada satu mata, kemudian akan melibatkan mata yang lain. Namun, tahap penyakit ini mungkin tidak sama pada setiap mata.

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment