“Bestnya lah tengok orang pakai sunglass ni. Nampak bergaya,” Keluh Puan Lina. “Puan pun boleh pakai sunglass juga. Banyak ‘pattern’ sekarang ni yang sesuai dengan bentuk muka wanita,” Saya memberitahu.
“Pilihan tu memang banyak. Tapi ‘power’ saya ni dalam 500, tinggi. Ramai yang rekomen saya pakai kanta lekap, barulah boleh pakai sunglass. Tapi saya tak selesa pakai kanta lekap ni. Leceh,” Adu beliau lagi.
“Ada pilihan lain untuk individu yang ada ‘power’ tapi nak pakai sunglass, puan! Bagitahu saja nak warna apa. Kami boleh usahakan. Samada nak gelap 1 ton atau 2 ton dan kami boleh ‘adjust’ kegelapan warna tu ikut keselesaan puan. Selain tu, kalau nak nampak lebih bergaya boleh tambah ‘mirror coat’ juga. ‘Mirror coat’ ni, orang tak akan nampak mata kita. Mereka akan nampak refleksi muka mereka sendiri. Banyak pilihan yang ada, puan!” Saya menerangkan pilihan yang ada.
“Lah,rupanya boleh buat ya! Saya dari dulu lagi teringin yang nampak macam ‘brown’ sikit tapi ada 2 ton. Bahagian atas gelap tapi beransur-ansur jadi ‘light brown’ di bahagaian bawah. Boleh buat ke?” Tanya Puan Lina penuh pengharapan.
“Mestilah boleh puan!” Saya memberitahu sambil tersenyum.
“Bolehlah puan. Dah lama benar teringin ni. Tak sabar nak bergaya dengan sunglass juga,” Beliau membalas gembira.
Sebenarnya, masih ramai yang tidak tahu bahawa individu yang ada ‘power’ juga masih boleh bergaya dengan sunglass tanpa perlu memakai kanta lekap! Di MATA by Optometrist, kami cuba merealisasikan impian penglihatan anda!