SENI MEMERLUKAN PANDANGAN YANG JELAS

‘Saya selalu nampak post puan di Facebook Bandar Puncak Alam. Nampak seperti banyak servis yang ditawarkan. Sini boleh cek untuk rabun warna ke puan?’ Tanya seorang pemuda dalam lingkungan 20-an.

‘Boleh sangat tu, tuan. Tuan ada isu untuk bezakan warna ke?’ Tanya saya bagi dapatkan maklumat lebih.

‘Sebenarnya saya baru syak yang saya ada masalah rabun warna. Saya ambil kursus ‘Art & Design’ di UiTM Puncak Alam. Ceritanya bermula apabila kami diberi tugasan oleh pensyarah untuk disiapkan dan dibentangkan.

Ketika saya membentangkan hasil kerja saya, teruk saya kena marah dengan pensyarah, puan.’ Beliau bersungguh bercerita pada saya.
Saya mengangguk-anggukkan kepala.

‘Kenapa pokok ni awak warnakan warna coklat?!’ Tanya pensyarah dengan nada yang tinggi.

Saya diam seribu bahasa. Selesai pembentangan, saya mengadu pada rakan-rakan.

‘Nak warna hijau macam mana lagi untuk pokok?’ Ujar saya pada rakan baik.

‘Dah pergi warnakan pokok dengan daunnya semua coklat kenapa?’ Beliau bertanya semula.

‘Tapi tu dah memang warna hijau.’ Balas Tuan K.

Kawan saya pelik. Beliau menunjukkan dua pensel warna pada saya. Beliau meminta saya memilih warna hijau.

‘Haaa, kan dah kata. Memang rabun warna ni. Baik pergi cek.’ Ujar kawan baik saya.

‘Sejak dari situ saya banyak ‘google’ pasal rabun warna. Kebetulan saya join FB Bandar Puncak Alam dan selalu nampak post berkaitan mata. Ni baru ada masa lapang nak singgah. Sekarang saya nak cek saya rabun warna jenis apa dan tahap mana tu.’ Tuan K menjelaskan panjang lebar.

Saya periksa mata Tuan K di dalam bilik pemeriksaan mata. Hasilnya, Tuan K ada rabun warna jenis deutanopia, yang bermaksud pengidap tidak mengenali warna hijau.

‘Puan, takde ke cermin mata atau apa-apa rawatan untuk rabun warna ni?’ Tanya Tuan K.

‘Rawatan tu takde, tuan. Tapi alat untuk tolong bezakan warna dan bantu tingkatkan kualiti hidup tuan memang ada. Chromagen lens namanya.’ Saya memberitahu.

‘Saya akan cuba usahakan kosnya. Saya memang berminat dengan teknologi yang puan beritahu tadi.’ Ujar Tuan K bersungguh.

Antara kes yang biasa saya jumpa di MATA by Optometrist. Cuma kali ini, Tuan K amat bersungguh sekali. Saya cuba juga dapatkan set percubaan Chromagen demi beliau walaupun agak sukar untuk dapatkan set ini sekarang di Malaysia. Doakan yang terbaik buat beliau!

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment