PUAN SALINA.

Aplikasi temujanji BookDoc kami berbunyi lagi hari ini.

Ting..Ting..Ting!

Tertera di skrin komputer kami, Puan Salina membuat temujanji untuk cek mata pada petangnya. Di ruangan ‘notes’ ada tertulis cek mata keseluruhan.

Petangnya…

“Puan, saya Salina. Saya ada buat tempahan temujanji tadi untuk periksa keseluruhan mata,” Puan Salina mengenalkan diri ramah.
“Oh puan ya. Jemput duduk dulu. Boleh saya tahu, puan ada masalah apa sekarang?” Saya memulakan bicara.

“Begini, saya pernah cek mata puan. Tapi bila saya cek mata di kedai cermin mata selalunya diberitahu memang tiada power. Tapi kerap juga sakit kepala. Bila ke klinik jumpa doktor, takde apa-apa. Doktor minta periksa mata. Saya pun dah tak tahu nak buat apa. Sekarang ni makin bertambah sakit kepalanya. Tu yang saya nak cek mata betul-betul,” Panjang lebar Puan Salina menjelaskan. Nampak sedikit berkerut dahi beliau.
“Hmm, banyak faktor yang boleh sebabkan seseorang itu sakit kepala selain dari rabun. Boleh jadi sistem otot mata puan mungkin lemah dan tidak bekerja dengan betul. Jika otot mata lemah, tiada ‘power’ pun boleh sebabkan sakit kepala. Begini, saya syorkan puan untuk jalani pemeriksaan penilaian otot mata,”Jelas saya.

“Oh, otot mata pun boleh cek ya? Bolehlah puan, asalkan kita tahu apa masalah saya ni,” Puan S bersetuju.

Apabila diperiksa otot mata Puan Salina yang baru berumur 30 tahun, saya dapati otot mata Puan Salina bekerja seperti sudah 40 tahun!

“Puan, otot mata puan bekerja dengan amat lemah sekarang. Kena bagi bantuan ni! Saya terangkan solusi kepada otot mata yang lemah ya” Ujar saya bimbang.

Ya, ada 2 solusi kepada otot mata yang lemah. Saya kongsikan, ya.

2 solusi menguatkan otot mata yang lemah:

1)Cermin mata dengan kanta istimewa.

Cermin mata dengan tambahan ‘power’ istimewa untuk bantu relakskan otot mata terutama ketika buat kerja di bahagian dekat.

2)Terapi penglihatan untuk kuatkan otot mata.

Terapi penglihatan yang mengandungi modul khas berbeza bagi setiap individu direka khas mengikut keperluan individu.

Kedua-duanya pun ada di MATA by Optometrist. Dapatkan konsultasi profesional dari Optometris bertauliah khas untuk anda!

Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,
MATA by Optometrist,
“Your Primary Eye Care Provider”

Laman Sesawang: www.my-mata.com
Tempahan temujanji: http://www.bookdoc.com/profesional-profile/muhamad-syukri-bin-mohamad-rafiuddin-0c1129/mata-by-optometrist-4a5767
Emel: [email protected]

Lokasi:

1) Bandar Puncak Alam
Tel: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
FB: MATA by Optometrist
IG: matabyoptometrist

2) Bandar Saujana Utama
Tel/Whatsapp: 010-8444127
FB: MATA by Optometrist Bandar Saujana Utama
IG: matabyoptometrist.bsu

Written by

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Leave a Comment