“Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu. Tapi, masa saya jumpa pakar mata, beliau kata mata saya tak sesuai buat LASIK. Katanya mata hitam saya tak cukup tebal,” ujar Puan Hana kepada saya minggu lepas semasa beliau datang ke MATA by Optometrist untuk beli cermin mata baru dan buat pemeriksaan mata yang lengkap.
Ya, ini antara satu aduan pelanggan MATA by Optometrist yang mahu buat LASIK untuk turunkan “power” mata tapi tak dapat buat kerana ada isu kesihatan mata. Ada juga yang berkata tidak buat LASIK kerana kosnya agak tinggi mencecah belasan ribu mahupun ada yang berkata bahawa mereka takut dengan pembedahan jadi tidak berani buat LASIK.
Apapun, sebenarnya ada satu lagi alternatif kepada LASIK yang tidak begitu diketahui ramai. Mungkin kerana tidak ada artis, pakar mata mahupun rancangan TV yang mengupas teknik alternatif tersebut. Teknik alternatif kepada LASIK yang disebut ini ialah Orthokeratologi atau singkatannya ialah Ortho-K.
Ortho-K ialah teknik yang menggunakan kanta lekap khas bagi membentuk (RE-SHAPE) permukaan mata hitam kita. Kanta lekap khas Ortho-K dipakai hanya pada waktu malam ketika kita tidur! Sebaik kita bangun tidur, mata akan nampak jelas tanpa perlu pakai cermin mata atau kanta lekap biasa!
Teknik ini bukan teknik baru di pasaran. Ianya telah muncul sejak tahun 1962 dan sangat popular di barat mahupun timur. Ia juga bukan satu teknik yang merbahaya. Walaupun pengguna teknik Ortho-K perlu pakai kanta lekap khas ketika tidur, terdapat 5 SEBAB kenapa ianya selamat dengan komplikasi minima;
1) Teknologi yang telah dikemaskini dan sangat canggih. 2) Kesesuaian bahan buatan kanta lekap yang dibuat khas untuk pemakaian malam 3) Sentuhan kanta lekap pada permukaan mata sangat minima kerana ianya terapung di atas air mata. 4) Ianya bukan pembedahan yang ada komplikasi bersifat kekal. 5) Pemantauan sepenuhnya oleh Optometrist bertauliah (terdapat 3 Optometrist di MATA by Optometrist bagi tujuan ini).
Ramai juga yang bertanya akan kos untuk Ortho-K. Jika diikutkan, kos OrthoK yang perlu ditanggung ialah kos yang berulang. Kanta lekap khas Ortho-K perlu diganti setiap 2 tahun, cecair pencuci dan set penjagaan kanta lekap perlu dibeli setiap 3 bulan. Ya, jika dilihat secara jangka panjang, kosnya lebih tinggi berbanding LASIK. Ini betul.
Namun begitu, Ortho-K tidak libatkan prosedur pembedahan dan ianya sesuai untuk mereka yang telah didapati tidak sesuai untuk jalani LASIK. Justeru, Ortho-K ialah alternatif LASIK dan tidak boleh dilihat sebagai pengganti LASIK sepenuhnya.
Justeru, jika anda dalam kategori di atas dan mahu tahu lebih lanjut berkenaan Ortho-K, bolehlah tempah temujanji dengan Optometrist di MATA by Optometrist. Pemeriksaan sebegini akan ambil masa antara 40 ke 60 minit.