KETIDAKSERASIAN MENJADI PUNCA KESAKITAN

“Puan, saya nak cari kanta lekap yang baru. Kanta lekap yang saya biasa pakai sekarang ni dah tak selesa dengan mata saya. ‘Power’ pun mungkin dah naik sebab saya asyik rasa kabur je sekarang walaupun dah pakai kanta lekap,” Puan Zarina menjelaskan.


“Boleh puan. Saya pinjam cermin mata dulu boleh, puan? Saya cekkan ‘power’ cermin mata sekarang,”Saya meminta pada beliau.


“Haa, itulah masalahnya puan. Cermin mata saya dah lama takde. Patah. Sejak tu saya memang pakai kanta lekap je,” Terang Puan Zarina sambil tersengih.


“Ooo yeke? Kena ada juga cermin mata sebagai ‘spare’ tu jika ada kecemasan. Mata kita juga perlukan rehat dari kanta lekap. Tak boleh dipakai secara berterusan,” Saya menerangkan.

“Takpe puan, kita periksa mata puan secara terperinci di dalam ya,” Saya mengajak.


Di dalam bilik pemeriksaan mata….

“Hmm, mata saya masih kaburlah puan. Tak betul-betul ‘sharp’. Saya nampak tulisan di depan tu macam silau lagi,” Adu Puan Zarina.


“Saya syak mata hitam puan mungkin ada masalah akibat pemakaian kanta lekap secara berterusan. Apa pun, saya kena periksa mata puan menggunakan mikroskop mata dahulu untuk pastikan kesihatan mata puan,” Terang saya.


Apabila mata Puan Zarina diperiksa melalui mikroskop mata,

“Puan, saya dah tahu kenapa mata puan masih lagi kabur walaupun telah diberi ‘power’ yang betul. Ada keracunan pada mata hitam puan atau kita panggil juga ‘corneal toxicity’. Kalau puan perasan, banyak calar-calar halus di seluruh permukaan mata hitam,” Ujar saya.


“Alamak, teruknya mata saya! Habis tu macam mana puan? Boleh diubati lagi ke macam ni? Apa sebab boleh jadi keracunan mata hitam ni” Puan Zarina kelihatan risau.


“Boleh diubati, puan. Keracunan pada mata hitam biasanya boleh terjadi jika air kanta lekap yang kita gunakan tidak sesuai dengan mata kita. Pertama sekali, puan harus berhenti gunakan kanta lekap dahulu dalam masa sebulan dua ni. Kena pakai cermin mata saja dulu. Saya akan berikan ubat titis mata yang sesuai dengan puan. Kemudiannya, saya akan ‘follow up’ puan dalam masa sebulan lagi,” Saya menerangkan panjang lebar.

“Saya tak sangka serius juga masalah saya. Nasib baik puan periksa mata saya guna mikroskop mata. Ni kali pertama tau saya cek mata macam ni,” Beliau memberitahu.


“Alhamdulillah. Menjadi tanggungjawab saya sebagai Optometrist untuk pastikan mata puan kekal sihat,” Saya membalas tersenyum.


Mata kita hanya sepasang, jagalah ia sebaiknya semampu kita. Kunjungi MATA by Optometrist bagi pemeriksaan mata yang menyeluruh!



Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,
MATA by Optometrist ,
“Your Primary Eye Care Provider”

Laman Sesawang: www.my-mata.com
Tempahan temujanji: http://www.b
yookdoc.com/…/muhamad-syukri-bin…/mata-by-optometrist-4a5767
Emel: [email protected]

Lokasi:

1) Bandar Puncak Alam
Tel: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
FB: MATA by Optometrist
IG: matabyoptometrist

2) Bandar Saujana Utama
Tel/Whatsapp: 010-8444127
FB: MATA by Optometrist Bandar Saujana Utama
IG: matabyoptometrist.bsu

Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,
MATA by Optometrist,
“Your Primary Eye Care Provider”.

Telefon: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
Emel: [email protected]
Laman sesawang: www.my-mata.com
Tempahan temujanji: https://www.bookdoc.com/clinic/mata-by-optometrist-b07499
Waze: MATA by Optometrist

Written by

Related posts

"Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah…

Read More

"Power mata saya -4.00. Saya nak buat LASIK SMILE macam yang Prof Muhaya buat tu.…

Read More

Aplikasi temujanji BookDoc kami berbunyi lagi hari ini. Ting..Ting..Ting! Tertera di skrin komputer kami, Puan…

Read More

Leave a Comment