“Puan, saya nak cek mata anak sayalah. Akhir-akhir ni kerap sangat sakit kepala. Balik sekolah asyik tidur je. Saya pun dah naik risau ni,” Bagitahu Puan Noraini, pelanggan tetap MATA by Optometrist.
“Boleh puan. Jom adik, kita cek guna komputer dulu ya,” Saya mengajaknya ke suatu sudut.
Selesai cek …
“Kalau ikut bacaan power pada komputer, ‘power’ mata tak ‘balance’ ni puan! Cuba puan tengok, sebelah kanan, ‘power’ ialah 0.50, tapi di sebelah kiri, ‘power’ sampai 2.50 ni. Bila ‘power’ tak ‘balance’ antara kiri dan kanan, mudah untuk dapat sakit kepala,” Saya menerangkan.
“Oh, sebab tulah sakit kepala di satu bahagian je. Tapi takde pula dia bagitahu saya dia tak nampak. Cuma selalu sakit kepala saja,” Beritahu Puan Noraini kehairanan.
“Macam ni puan, kanak-kanak biasanya tidak pandai komplen atau bagitahu yang mereka tak nampak sebab mereka ingat semua orang lihat sama seperti apa yang mereka lihat. Namun, dalam kes ‘power’ tak seimbang ni, sakit kepala mudah terjadi disebabkan saiz objek yang dilihat tidak sama saiz. Sebelah kanan melihat objek dengan saiz yang lebih besar berbanding sebelah kiri. Akibatnya, bila mereka perlu fokus pada sesuatu objek seperti tulisan di papan putih, saiz yang tidak sama antara kedua belah mata akan sebabkan objek yang dilihat menjadi dua atau lebih teruk lagi, otak akan memilih untuk melihat dengan sebelah mata saja dan seterusnya boleh terjadi juling dan mata malas,” Saya menerangkan dengan panjang lebar.
“Barulah saya faham, puan. Nasib baik saya datang cek dengan Optometrist. Barulah saya tahu kepentingan untuk pakai cermin mata tu untuk kes anak saya. Saya sebolehnya tak mahu anak bergantung pada cermin, tapi kalau ikut penerangan puan tadi nampak gayanya memang perlu pakai sentiasa la kan?” Tanya beliau untuk kepastian.
“Ya puan, memang perlu pakai cermin mata sentiasa. Barulah pandangan sentiasa jelas dan otak tidak bercelaru bila fokus pada sesuatu objek,” Saya mengiyakan.
Ya puan-puan dan tuan-tuan, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh ‘power’ yang tidak seimbang. Jangan risau, dapatkan konsultasi dari Optometrist kami untuk yang terbaik bagi mata anda!