Kempen Kembali Ke Sekolah!

“Kempen Kembali Ke Sekolah (3KS)” ialah satu program baru anjuran MATA by Optometrist.
.

3KS (disebut “Three K S”) ialah satu inisiatif MATA by Optometrist bagi mendampingi anak-anak yang sedang bercuti sekolah agar dapat gunakan masa mereka sebaik yang boleh. Selain itu, program ini juga beri peluang kepada anak-anak untuk tonjolkan bakat dan ekspresi minat mereka kepada orang sekeliling. Akhir sekali, 3KS juga boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk buat persediaan kembali ke sekolah dengan promosi-promosi sangat menarik yang ditawarkan.
.

Antara aktiviti 3KS yang akan dilaksanakan ialah:

1) Pertandingan Bercerita – Umur 7 hingga 12 tahun.

2) Pertandingan Mewarna – Umur 6 tahun dan ke bawah.

3) Pertandingan Teka Silang Kata & Teka Bilangan – Terbuka kepada semua peringkat umur.

4) Bengkel Usahawan Super Muda – Umur 13 hingga 18 tahun.

5) Promosi Jualan Untuk Anak-Anak – diskaun sehingga 70%.
.

Justeru, MATA by Optometrist mengajak anak-anak dan ibu bapa agar bersama-sama kami menjayakan Kempen Kembali Ke Sekolah ini.
.

Sertai aktiviti, sama-sama belajar, masuk bertanding, dan semoga MENANG!

Iklan kempen kembali ke sekolah