ABOUT US

Visi MATA by Optometrist:

Menjadi peneraju utama dalam perkhidmatan kesihatan mata dan penglihatan di Malaysia dan rantau Asia menjelang tahun 2030.

Misi MATA by Optometrist:

1) Menghasilkan tenaga kerja terlatih dan separa profesional yang berintegriti, kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam bidang kesihatan mata dan penglihatan.

2)Menawarkan penjagaan kesihatan mata dan penglihatan serta produk optikal (cermin mata, kanta lekap, kaca mata hitam, aksesori) yang berkualiti tinggi dan maju selain pengkhususan dalam servis-servis kesihatan yang ditawarkan.

Latar Belakang MATA by Optometrist:

MATA by Optometrist ialah satu jenama yang diuruskan oleh BinRafi Optical PLT. Ianya mula ditubuhkan pada 16 September 2016.

MATA by Optometrist ialah praktis optometri yang berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kami menggunakan pendekatan inovatif dan teknologi terkini bagi membantu mendiagnosis penyakit mata dan masalah penglihatan dengan lebih baik.

Adalah menjadi matlamat kami untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam penjagaan mata dan penglihatan dengan cara yang cekap dan mudah.

MATA by Optometrist mempunyai Optometris bertauliah yang sentiasa berusaha menyediakan pemeriksaan mata secara profesional dan mesra selain mempunyai pasukan perunding optik berpengalaman untuk memberi tips-tips berguna berkaitan cermin mata, kaca mata hitam dan kanta lekap.

Sesungguhnya, kami bersemangat untuk mewujudkan satu pengalaman hebat kepada para pelanggan.