JANGAN TERKEJUT, SILAU JUGA BOLEH SEBABKAN SAKIT KEPALA!

“Puan, tolong cekkan mata anak saya boleh? Asyik mengadu sakit kepala je ni. Pergi klinik sebelah, doktor minta cek mata dulu kat sini,” Puan Iza menjelaskan.

“Boleh puan. Jom adik, kita cek mata dulu,” Ajak saya.

Selesai pemeriksaan mata berkomputer…

“Baik puan, kalau kita tengok ni, rabun jauh tak terlalu tinggi tapi ‘power’ silau memang tinggi ni,” Saya memberitahu.

“Oh, dia ni memang selalu mengadu silau. Asyik tak tahan je kalau kena cahaya matahari. Tapi masih ok lagi la kan sebab ada ‘power’ silau je, takde rabun,” Puan Iza membalas.

“Sebenarnya puan, silau juga adalah salah satu bentuk rabun. Kita panggil sebagai rabun silau. Rabun silau ni jika terlalu tinggi akan menyebabkan seseorang tu tak selesa untuk melihat sesuatu objek. Silau yang tinggi boleh datangkan kesan pada pembelajaran anak-anak juga kerana huruf boleh jadi tertukar seperti O jadi Q, V jadi U dan H boleh jadi N. Apabila tidak jelas, kebiasaannya mereka akan kecilkan mata dan terpaksa guna otot mata secara maksimum yang akan datangkan sakit kepala,” Saya menerangkan panjang lebar.

“Oh, saya ingatkan silau tu perkara biasa je. Rupanya ada kesan juga ya? Jadi masih perlu pakai cermin mata la ye ni?” Beliau bertanya lagi.

“Ya betul puan. Solusi untuk rabun silau adalah cermin mata atau kanta lekap. Tapi disebabkan adik masih kecil, saya sarankan kita pakaikan cermin mata dulu. Lebih senang nak jaga,” Saya memberitahu.

“Baik, saya ikut saranan puan sajalah,” Beliau bersetuju.

“Kalau begitu, saya cek mata adik terus dalam biliklah,” Saya mengajaknya.

Ya puan-puan dan tuan-tuan, sakit kepala juga boleh disebabkan oleh ‘power’ silau samada rendah atau tinggi. Jangan risau, dapatkan konsultasi dari Optometrist kami untuk yang terbaik bagi mata anda!