Program Mengesan Masalah Mata Anak-Anak Sekolah (EMAS) ialah satu inisiatif oleh MATA by Optometrist untuk membantu ibu bapa dan para guru mengesan masalah mata dan penglihatan anak-anak atau murid-murid.
Program ini terbuka kepada semua institusi pra-sekolah, sekolah awam dan swasta, guru-guru serta ibu bapa. Pendaftaran program berjalan sepanjang tahun.
Objektif Program EMAS ialah memberi kesedaran tentang pentingnya seorang guru itu mengenalpasti jika anak muridnya mengalami masalah penglihatan atau tidak dan cara yang betul untuk mengenalpasti masalah berkaitan. Selain itu, program ini juga membantu ibu bapa untuk lebih peka tentang pengesanan awal simptom-simptom masalah mata anak-anak.
Program ini juga bakal memberi persepsi yang baik terhadap institusi pra-sekolah yang terlibat. Para ibu bapa akan lebih yakin dan tahu bahawa institusi pra-sekolah yang dipilih mereka ialah institusi yang prihatin dan peka kepada keperluan mata kanak-kanak masa kini.
Justeru itu MATA by Optometrist menjemput para guru-guru, ibu bapa, dan institusi pendidikan awam dan swasta (sekolah dan pra-sekolah) untuk bersama-sama menyertai program ini.