KERATOKONUS

Apa itu keratokonus?


Kerato – bermaksud kornea dan konus bermaksud kon. Ia adalah satu penyakit mata di mana lapisan kornea (lapisan jernih di depan mata) menjadi nipis secara progresif dan mula membentuk seperti kon.

Apabila kornea mata menipis dan berbentuk kon, cahaya yang masuk ke dalam mata menjadi tidak sekata dan akan menganggu tahap penglihatan seseorang.

Penyakit mata ini tidak menyebabkan kebutaan, namun ia boleh membawa kepada masalah penglihatan yang teruk.

Ada beberapa gejala keratokonus yang dapat kita perhatikan, termasuk:

  • Penglihatan kabur atau penglihatan berganda
  • Kerap menukar cermin mata
    (penglihatan masih tidak bagus dengan cermin mata)
  • Halos (lingkaran terang yang muncul di sekitar sumber cahaya), silau atau lampu melesat
  • Mata sensitif apabila terdedah pada cahaya
  • Sukar memandu pada waktu malam
  • Sakit kepala dan ketegangan bahagian sekeliling mata
  • Kerap menggosok mata
Bentuk mata keratokonus dan mata normal
Penglihatan mata keratokonus (kiri) dan penglihatan mata normal (kanan)

Jika anda ada mengalami satu atau lebih dari gejala-gejala ini, ini berkemungkinan memiliki keratokonus dan anda perlu menjalani pemeriksaan mata secepat mungkin.

Untuk makluman anda, MATA by Optometrist ada menyediakan perkhidmatan saringan mata keratokonus. Saringan ini bertujuan mengenalpasti kebarangkalian adakah anda benar-benar mempunyai keratokonus atau tidak. Selain itu, saringan ini juga membantu untuk mengenalpasti tahap keraokonus anda.

MATA by Optometrist juga menawarkan solusi dan bantuan untuk pesakit keratokonus melalui kanta lekap khas yang dikenali sebagai kanta lekap RGP (Rigid Gas Permeable). Antara jenis kanta lekap RGP yang sesuai untuk rawatan keratokonus ialah Rose-K dan Menicon K. Selain itu, terdapat beberapa lagi kanta lekap yang boleh digunapakai untuk pesakit keratokonus yang boleh didapati di MATA by Optometrist.

Terdapat 5 orang Optometrist di MATA by Optometrist yang boleh membantu invididu yang mempunyai masalah keratokonus.