Mata kering, adalah satu keadaan di mana mata kita kekurangan air mata untuk melembapkan dan juga untuk menyuburkan.. Air mata amat diperlukan untuk kita mengekalkan kesihatan mata dan juga untuk memberikan penglihatan yang jelas. Kebanyakkan mereka yang mempunyai mata kering adalah disebabkan pengeluaran air mata yang sikit dan tidak berkualiti.
Masalah ini boleh mengakibatkan gangguan kepada permukaan mata dan lama-kelamaan ia boleh menjejaskan kualiti hidup juga. Dengan setiap kerdipan mata kita, air mata juga turut tersebar di seluruh permukaan mata yang dikenali sebagai kornea.
Banyak sebenarnya fungsi air mata, dan diantaranya ialah:
1) Membantu dan melincirkan permukaan mata
2) Mengurangkan jangkitan kuman pada mata
3) Mengeluarkan bendasing dari mata.
Untuk makluman umum, lebihan air mata akan mengalir ke dalam saluran air mata yang kecil , ia terletak di sudut kelopak mata kita paling tepi. Mata kering juga berlaku kerana ketidakseimbangan antara penghasilan dan pengaliran air mata yang keluar.
Air mata sebenarnya dihasilkan oleh kelenjar air mata yang diberi nama LACRIMAL GLAND dan beberapa kelenjar yang terdapat di sekitar kelopak mata kita. Air mata terdiri daripada tiga lapisan iaitu lapisan minyak, lapisan air dan juga lapisan lendir dan setiap tiga lapisan ini mempunyai fungsi yang berbeza-beza.
Bagi lapisan minyak, ia berfungsi untuk menghalang penyejatan air, manakala lapisan air pula membentuk sebahagian besar komponen air mata bagi membekalkan oksigen dan juga nutrisi. Akhir sekali lapisan lendir, ia berfungsi untuk menyebarkan air mata yang sekata ke seluruh mata kita.
Antara penyebab dan faktor mata kering ialah umur, jantina, status kesihatan dan juga masalah penstrukturan kelopak mata serta faktor-faktor lain yang menjadi penyebab.. Gejala yang terdapat pada seseorang jika mengalami mata kering ialah mata terasa tidak selesa, sensitif pada cahaya juga terasa berpasir di dalam mata.
Walaupun masalah mata kering tidak boleh disembuhkan, akan tetapi terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk rawatan bagi mengurangkan gejala mata kering.
Langkah-langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut: 1) Guna ubat titis mata (air mata palsu)Penggunaan air mata palsu adalah rawatan paling utama untuk mata kering, jika anda ada mata kering yang kronik, anda perlu sering menitikkan air mata palsu tersebut.
2) Tuam panas. Ia merupakan kaedah yang menggunakan haba dan tekanan pada kelopak mata untuk membuka saliran kelenjar yang tersumbat.
Kedua-dua langkah dan kaedah seperti di atas serba sedikit membantu mereka yang mempunyai masalah mata kering. Bagi mengesan masalah mata seperti mata kering dan lain-lain, anda boleh datang ke praktis kami MATA by Optometrist untuk membuat pemeriksaan kesihatan mata anda. Semoga artikel yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya.