MATA SERING BERGERAK SENDIRI. KENAPA?

Satu petang yang sunyi hanya bertemankan deruman enjin kereta yang lalu di hadapan kedai kelihatan seorang anak muda berpakaian segak menuju ke MATA by Optometrist sambil mengecilkan matanya.
.
“Assalamualaikum,” Sambil tersenyum dia memberi salam.
“Waalaikumussalam wbt, selamat datang tuan,” Balas saya dengan mesra
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu tuan,” Saya bertanya kepadanya.
“Tak apa, jangan panggil saya tuan. Panggil nizam je tak mengapa,”
“Eh! Tidak mengapa tuan,” Balas saya dengan spontan.
.
“Okay, macam ini. Sebelum itu nak tanya dekat sini ada Optometrist tak hari ini,” Tanyanya.
“Sudah tentu ada tuan, di sini ada tiga Optometrist yang bertugas, ada apa ya tuan,” Tanya saya lagi.


“Macam ini, saya ini tak pakai cermin mata selalu. Lepastu power mata saya sering sangat berubah, itu yang saya malas nak pakai cermin mata tu. Lagi satu, saya perasan kan, mata saya ni sering sangat bergerak-gerak tak tentu pasal, tengah tengok tv pun tiba-tiba dia bergerak di luar kawalan kita. Agak-agak kenapa ya?” Adunya kepada saya sambil bertanya.
.
“Oh! jika begitu tuan, mungkin ia ada kena mengena dengan otot mata kita tuan. Lagipun tadi saya perasan yang tuan kerap mengecilkan mata tu. Kemungkinan lagi satu, power mata tuan mungkin dah berubah tu sebab tadi tuan kata tuan tak pakai cermin mata selalu kan,”
.
“Jika kita jarang atau sesekali sahaja pakai cermin mata, kemungkinan besar power mata untuk meningkat sangat tinggi tuan” Jelas saya sambil bertanya beberapa soalan kepadanya.
.
“Bila mana kita tidak memakai cermin mata, tapi kita mempunyai power rabun yang tinngi, kita akan memaksa otot mata kita bekerja dengan lebih keras. Seperti yang tuan baru lakukan tadi, dengan mengecilkan mata untuk melihat sesuatu objek atau melakukan sesuatu kerja, ia akan memberikan tekanan kepada otot mata kita” Jelas saya lagi kepadanya.
.
“Ada kena mengena ya otot mata dengan mata saya asyik tergerak-gerak je?” Tanyanya kepada saya.


“Ya, tuan. Memang ada kena mengena dan kemungkinan otot mata lemah dan disebabkan itu tuan asyik terasa yang mata tuan bergerak di luar kawalan,” Balas saya kepada tuan muda itu.
“Apa boleh saya buat ya untuk itu? Dekat sini boleh cek ke otot mata semua ni?” Tanyanya ragu-ragu.


“Di sini, kami juga ada menyediakan servis perkhidmatan untuk pemeriksaan otot mata tuan,” Balas saya sambil tersenyum.
.
Selepas saya memberitahu akan servis perkhidmatan pemeriksana mata yang tersedia di MATA by Optometrist, beliau bersetuju untuk menjalani pemeriksaan otot mata.
.
“Baiklah tuan, minta tolong isi sedikit detail untuk tujuan rekod kami ya. Jika sudah siap isi semua detail yang diperlukan, tuan boleh panggil saya dan kita akan buat pemeriksaan otot mata terus,” Jelas saya kepadanya.
“Baiklah,” Sambil angguk menandakan bahawa beliau memahaminya.
.
Pemeriksaan otot mata dan lain-lain seperti pemeriksaan mata di sini akan dikendalikan sendiri oleh Optometrist kami yang sangat berpengalaman dan berpengetahuan meluas sekali berkaitan dengan mata.
.
Jika anda mengalami masalah penglihatan ataupun situasi yang sama seperti di atas, datang sahaja ke MATA by Optometrist kerana kami sedia membantu.
..
Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,
MATA by Optometrist,
“Your Primary Eye Care Provider”.
Laman Sesawang: www.my-mata.comTempahan temujanji: http://www.bookdoc.com/profesional-profile/muhamad-syukri-bin-mohamad-rafiuddin-0c1129/mata-by-optometrist-4a5767
Emel: admin@my-mata.comFB: MATAbyOptometrist.
Lokasi:
1) Bandar Puncak Alam
Tel: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
IG: matabyoptometrist

2) Bandar Saujana Utama
Tel/Whatsapp: 010-8444127
IG: matabyoptometrist.bsu

3) Bandar Saujana Putra
Tel/Whatsapp: 017-2130879
IG: matabyoptometrist.bsp
FB: MATA by Optometrist Bandar Saujana Putra