Panduan Kes Kecemasan Mata Semasa PKP

Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), MATA by Optometrist mengambil inisiatif untuk beroperasi bagi kes-kes kecemasan melalui tempahan temujanji sahaja pada waktu ini. Mata sebagai organ penting dalam tubuh badan kita harus diberi perhatian terutamanya jika berlaku sesuatu di luarjangka. Hal ini kerana kebanyakan penyakit mata terutama yang melibatkan saraf belakang mata kebiasaannya tidak mempunyai simptom yang ketara dan hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan mata menyeluruh. Berikut kami senaraikan kes kecemasan mata sewaktu PKP sebagai panduan:

  1. Pandangan menjadi kabur/ gelap secara tiba-tiba
    • Boleh terjadi disebabkan salur darah belakang mata pecah akibat tekanan darah tinggi, kencing manis mata dan kolestrol tinggi
  2. Ada gejala seperti mata merah, sakit mata dan bertahi mata
    • Kesan jangkitan bakteria atau virus, mata yang terlalu kering dan penjagaan kebersihan mata yang rendah
  3. Baru selesai menjalani pembedahan pada bahagian mata
    • Pembedahan seperti buang katarak dan glaukoma memerlukan pemeriksaan susulan bersama Optometris
  4. Mengalami kecederaan yang serius pada sekitar mata
    • Sebarang kecederaan melibatkan sekitar mata perlu diperiksa agar langkah sepatutnya dapat diambil dengan tepat
  5. Cermin mata patah

Tetaplah berhubung dengan Optometris anda di musim PKP ini!

Lokasi:

1) Bandar Puncak Alam
Tel/Whatsapp: 03-3393 8195
FB: MATA by Optometrist
IG: matabyoptometrist

2) Bandar Saujana Utama
Tel/Whatsapp: 010-844 4127
FB: MATA by Optometrist Bandar Saujana Utama
IG: matabyoptometrist.bsu

3) Bandar Saujana Putra
Tel/Whatsapp: 017-213 0879
IG: matabyoptometrist.bsp
FB: MATA by Optometrist Bandar Saujana Putra

4) Gombak
Tel/Whatsapp: 016-290 6059
FB: MATA by Optometrist Gombak
IG: matabyoptometristgombak

5) Mutiara Rini JB
Tel/Whatsapp :013-775 2060
FB : MATAbyOptometristMRJB
IG: matabyoptometrist.mrjb