Pemeriksaan depan mata

Optometrist sedang memeriksa bahagian depan mata menggunakan mikroskop mata.

Pemeriksaan mata tidak terhad kepada pemeriksaan tahap penglihatan sahaja. Pemeriksaan kesihatan mata samada bahagian depan dan dalam mata juga adalah perlu. Di MATA by Optometrist, Optometrist boleh periksa tahap kesihatan bahagian depan mata menggunakan mikroskop mata.

Apa yang boleh anda ketahui melalui pemeriksaan menggunakan mikroskop mata?

  • Calar pada mata
  • Selaput dalam mata/ katarak
  • Selaput luar mata/ (pinguecuela/pterygium)
  • Tahap kebersihan bulu mata
  • Tanda-tanda penyakit mata seperti keratokonus dan glaukoma
  • Tanda-tanda allergik yang membuatkan mata gatal
  • Mata kering
  • Pertumbuhan bulu mata yang abnormal
  • Komplikasi kanta lekap

Jom dapatkan pemeriksaan depan mata anda sekarang di mana-mana cawangan MATA by Optometrist! 🙂