Pemeriksaan saraf & salur darah mata

Gambar menunjukkan salur darah belakang mata yang pecah akibat kolestol tinggi.

Kebanyakan penyakit mata yang melibatkan saraf belakang mata hanya boleh dikesan melalui pemeriksaan mata menyeluruh. Ajaibnya, mata kita tidak berasa sakit walaupun berlaku pendarahan serius di dalam saraf mata tetapi individu hanya akan berasa pandangan menjadi kabur. Ini selalu disalah erti dan kebanyakan mereka akan beranggapan pemakaian cermin mata boleh menyelesaikan isu ini. Oleh itu, jadikan pemeriksaan penuh mata sebagai rutin anda!

.

Jika sihat dan berumur 40 tahun ke bawah, lakukan pemeriksaan mata menyeluruh sekurangnya 2 tahun sekali. Individu berusia 40 tahun keatas pula disarankan untuk melakukan pemeriksaan mata menyeluruh setahun sekali atau mengikut saranan Optometrist.

.

Pemeriksaan saraf & salur darah belakang mata dapat kesan pelbagai penyakit penyakit:

  1. Kelekangan retina (Retinal detachment) yang sering berlaku terhadap individu yang punya ‘power’ rabun yang tinggi.
  2. Glaukoma.
  3. Pendarahan dalam saraf mata akibat pelbagai penyakit seperti kencing manis mata dan darah tinggi mata.
  4. Pelbagai penyakit mata yang menjejaskan fungsi normal penglihatan.