PENYAKIT KEMEROSOTAN TISU BELAKANG MATA

Kemerosotan tisu belakang mata merupakan salah satu penyakit yang boleh menyebabkan kemerosotan tahap penglihatan. Tahap akhir penyakit ini, boleh menyebabkan kebutaan kepada individu tersebut.

‘Macular Degeneration’ atau keadaan kemerosotan tisu belakang mata terbahagi kepada 2 jenis; Jenis Kering dan Jenis Basah.

Kemerosotan tisu belakang mata jenis kering lebih kerap dilaporkan berlaku berbanding dengan jenis basah. Kategori ini melibatkan perubahan pada tisu mata dengan pembentukan mendakan deposits pada bahagian tisu. Secara perlahan, tahap penglihatan individu akan merosot.

Kemerosotan tisu belakang mata jenis basah lebih Sirius dan berbahaya kepada individu. Hal ini kerana ia bukan sahaja melibatkan pembentukan mendakan deposit pada tisu belakang mata, ianya juga akan menyebabkan pembentukan salur darah yang tidak normal pada tisu belakang mata. Salur darah baru ini akan menyebabkan kebocoran cecair pada tisu belakang mata dan individu akan kehilangan penglihatan dengan lebih cepat.

Di MATA by Optometrist, Optometrist bertauliah akan membantu anda untuk mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan secara komprehensif dan konsultasi berkaitan dengan tahap penglihatan & kesihatan mata anda.

Jom segera dapatkan pemeriksaan mata secara menyeluruh dengan kami.