Semestinya setiap individu pernah mengalami gejala sakit kepala. Sakit kepala bukan saja boleh mengganggu keseluruhan aktiviti harian, namun juga boleh mengganggu emosi indidvidu itu.
Kebanyakan individu, apabila ditanya cara untuk tangani sakit kepala, mereka jawab dengan tidur sekejap, mengambil ubat seperti panadol atau pergi berjumpa doktor di klinik. Namun, tahukah anda bahawa kebanyakansakit kepala ada kaitan dengan mata?
Ya, sakit kepala memang punya kaitan rapat dengan mata! Disebabkan itu, para doktor sarankan anda untuk cek mata dengan Optometris jika ke klinik. Optometris akan menilai beberapa komponen mata seperti ‘power’ mata, kekuatan otot mata, kesihatan depan mata dan salur darah belakang mata. Kebanyakan kes sakit kepala dapat diselesaikan dengan pemakaian cermin mata dan terapi penglihatan.
Sehubungan itu, MATA by Optometrist berasa terpanggil untuk mengadakan Kempen Anti Sakit Kepala bagi memberi kesedaran kepada umum akan peranan optometrist dalam menangani sakit kepala.
Jom turut serta dalam kempen ini! Pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz, ceramah, cabutan bertuah disediakan untuk anda.
HIDUP SELESA TANPA SAKIT KEPALA!