Pakai Cermin Mata ‘On-Off’ Boleh Sebabkan ‘Power’ Jadi Tinggi dan Sakit Kepala.

“Puan, boleh cekkan mata saya? Saya agak ‘power’ dah naik ni sebab pandangan dah kurang jelas sekarang,” Puan Wati memberitahu.

“Boleh puan. Jom kita cek guna komputer dulu,” Saya mempersilakan beliau.

.
Selesai cek mata berkomputer…

.
“Puan, saya tengok ‘power’ puan dah banyak bertambah ni kalau bandingkan dengan ‘power’ cermin mata puan. Cermin mata puan sekarang dah berapa lama ni?” Saya bertanya.

.
“Cermin mata saya ni baru dalam setahun. Tapi saya jarang pakai. Biasanya saya pakai waktu memandu saja atau waktu sakit kepala,” Beliau memberitahu.

.
“Oh, kenapa tak dipakai selalu tu puan? Sebab tu lah ‘power’ puan banyak meningkat ni dan kepala jadi sakit,” Saya membalas.

.
“Sebenarnya saya tak nak bergantung pakai cermin mata je. Kawan saya ada bagitahu yang kalau pakai cermin mata selalu, ‘power’ boleh meningkat. Tu yang saya takut tu,” Beliau menjawab.

.
“Oh tu semua mitos je tu, puan. Sebenarnya, jika tak pakai cermin mata selalu yang rabun boleh jadi tinggi tu sebab bila mata kita fokus pada sesuatu objek, mata perlu gunakan otot mata secara maksimum. Satu hal lagi, bila kita pakai cermin mata ‘on off’ ni, otak kita akan terima imej yang berlainan setiap masa yang boleh buatkan kita sakit kepala,” Saya menerangkan lagi.

.
“Macam tu ke? Kalau begitu, saya kena pakai cermin mata selalu lah ye?” Beliau bertanya untuk kepastian.

.
“Ya, betul tu puan. Jangan risau, saya bantu puan cari bingkai yang selesa ya untuk dipakai selalu,” Saya menenangkan beliau.

.
Ya puan-puan dan tuan-tuan, pakai cermin mata sesekali saja boleh sebabkan sakit kepala juga. Jangan risau, dapatkan konsultasi dari Optometrist kami untuk yang terbaik bagi mata anda!
.

Di kesempatan ini juga, pihak MATA by Optometrist dengan ini menjemput anda, keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama ke satu program Anti Sakit Kepala yang akan diadakan pada 23 September 2018, bermula jam 11pagi. Sahkan kehadiran dengan whatsapp ANTI ke 016-6968935 atau klik di sini
👉https://wa.me/60166968935?text=ANTI%20Sakit%20Kepala
.
.
Semoga bermanfaat.
.
Hanya yang terbaik buatmu, demiNya,
MATA by Optometrist,
“Your Primary Eye Care Provider”
.
Lokasi: Dataran Suria, Bandar Puncak Alam.
Telefon: 03-33938195
Whatsapp: 016-6968935
Laman sesawang: www.my-mata.com
Emel: [email protected]
Tempahan temujanji:
https://www.bookdoc.com/…/muhama…/mata-by-optometrist-4a5767