ULSER KORNEA, APAKAH PUNCANYA?

KORNEA

Kornea ialah lapisan yang jernih di bahagian paling luar hadapan mata kita yang berbentuk kubah dan ia juga berfungsi memfokus cahaya ke retina..
Pernahkah anda mendengar penyakit mata yang melibatkan kornea?

Antara salah satunya ialah jangkisan ulser pada kornea ataupun kata nama lainya ialah keratitis. Radang kornea ataupun ulser kornea ini berlaku disebabkan jangkitan kuman. Jangkitan kuman berlaku apabila kuman memasuki kornea melalui luka-luka pada permukaan kornea yang tidak nampak kita lihat dengan mata kasar.

Jangkitan ulser kornea boleh dibahagikan mengikut punca kuman yang terlibat. Kuman pula terdiri dari bakteris, kulat, virus dan protozoa dan jangkitan kebanyakkan disebabkan oleh kuman dan bakteria yang diberi nama Fusarium, Candida, Streptococcus dan banyak lagi.

Terdapat beberapa risiko anda akan mendapat jangkitan kuman ataupun ulser kornea, antara faktor utamanya ialah dengan pemakaian kanta sentuh. Ia memberi risiko yang sangat tinggi dan boleh berlaku apabila pemakaian kanta sentuh tidak mengikut arahan dan penjagaan yang rapi.

Selain dari itu, faktor risiko berlakunya ulser kornea ialah kecederaan kornea akibat trauma atau kemasukkan bendasing seperti habuk seperti sabut kelapa dan juga habuk yang datang dari ladang pertanian.

Mereka yang mendapat ulser kornea selalunya akan merasai sakit mata yang sangat teruk, mata rasa berpasir, mata menjadi merah dan juga sensitif pada cahaya dan penglihan juga akan menjadi kabur.

Bagi mereka yang mempunyai ulser kornea, mereka akan dirawat bergantung kepada peringkat jangkitan dan juga jenis kuman serta tanda-tanda klinikal. Akan tetapi ada beberapa jenis rawatan seperti ubat titis mata, suntikan pada kornea atau konjuktiviti.

Selain daripada rawatan perubatan, rawatan pembedahan juga akan dilakukan bagi kes-kes ulser kornea yang teruk seperti kornea bocor dan jangkitan pada keseluruhan bola mata.

Bagi mereka yang mengalami simptom-simptom seperti penglihatan kabur, sakit mata yang luar biasa dan juga mata terasa berpasir, sangat disarankan untuk membuat pemeriksaan mata secara menyeluruh untuk mengetahui keadaan mata kita.

Ulser kornea boleh mengakibatkan kebutaan. Penjagaan korena sangat penting untuk mengelakkan daripada jangkitan kuman. Rawatan awal adalah sangat mustahak dan pesakit perlu berjumpa pakar mata sekiranya mempunyai tanda-tanda awal ulser kornea. Temui Optometrist di MATA by Optometrist untuk mendapatkan bantuan.